Archives

gravatar

Rujukan Soalan UPSR

MATEMATIK:

1. UPSR 2007 p2(paper 2)... download je di sini

2. UPSR 2006 p2.....download di sini

3. UPSR 2005 p2.....download di sini

4. Trial MGB Selangor 2008 p1.......download di sini

5. Trial Selangor 2008 p2..... download

6. Trial Perak p1 ... download

7. Trial Perak p2.... download

8. Trial Terengganu p1 ... download

9. Trial Terengganu p2 ... download

SCIENCE

1. Terengganu Trial 2008... download


2. Terengganu Trial Tambahan 2008 .... download


3. Pahang Trial 2008 ... download



BMELAYU
1. Trial Terengganu p1 .... download


2. Trial Terengganu p2 .... download


ENGLISH

1. Trial Terengganu p1.... download


2. Trial Terengganu p2.... download

nota-- berikan komen anda sedikit cuma untuk dinilai oleh ADMIN.
anda hanya perlu klik pada "comment", tulis komen anda, pilih anonymous
dan pos comment anda. Salam.

gravatar

bacaan al quran

sedikit surah2 daripada blog ini. anda bole pause lagu background sekolah pada sidebar sebelah. anda hanya tekan play untu dengarkan surah2 di sini. salam untuk semua pendengar.

gravatar

video pilihan 01

gravatar

fenomena azan

gravatar

cikgu popular 38



gravatar

cikgu popular 37



gravatar

cikgu popular 36



penolong jurulatih pasukan bolasepak sekolah kebangsaan bangsar

gravatar

cikgu popular 35



gravatar

cikgu popular 34



gravatar

cikgu popular 33



gravatar

cikgu popular 32



gravatar

cikgu popular 31



gravatar

pemegang kad kredit akan di caj pd 2010

Caj Kad Kredit
Bismillahirrahmanirrahim
Salamullahi alaikum warahmatuhu wabarakatuh dan salam sejahtera,
Kerajaan melalui pembentangan bajet 2010, telah mencadangkan dan berhasrat mengenakan caj tahunan sebanyak RM50 kepada setiap pemegang kad kredit utama dan RM25 kepada setiap pemegang kad kredit tambahan. Caj tersebut akan tetap dikenakan walaupun kepada pemilik kad-kad kredit yang telah diiktiraf oleh pihak bank pengeluar sebagai ‘percuma seumur hidup’.
Sesungguhnya keputusan kerajaan tersebut telah sedikit sebanyak mengejutkan para pemegang kad kredit di seluruh negara. Sama ada kepada pemegang kad kredit yang sedang menanggung beban hutang kad kredit, ataupun mereka yang tidak langsung terlibat dengan hutang berkenaan. Sama ada mereka yang memiliki satu sahaja kad kredit kerana keperluan atau mempunyai berbilang kad. Tidak dinafikan ana secara peribadi juga turut terkejut dengan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan berkenaan. Apa tidaknya kerana ana adalah salah seorang daripada sejumlah 11 juta rakyat yang memiliki dan menggunakan kad kredit di negara ini.
Antara alasan utama yang diberikan oleh pihak kerajaan sehingga keputusan seperti ini diambil ialah bagi melahirkan masyarakat yang berbelanja secara berhemah. Ana secara peribadi berterima kasih dan menyambut baik hasrat kerajaan seperti itu, kerana prinsip kerajaan berkebajikan adalah senantiasa memikirkan kebajikan rakyat-rakyatnya.
Namun sesekali ana terfikir juga dan bertanya sendirian. Mengapa pihak kerajaan tidak boleh mengecualikan caj berkenaan kepada rakyat yang hanya memiliki dan menggunakan satu kad kredit sahaja, dan menetapkan agar caj tersebut perlu dikenakan kepada pemilik kad utama yang memiliki kad kredit kedua hingga ke seterusnya, atau sekurang-kurangnya kepada pemegang kad kredit sampingan sahaja? Atau syarat-syarat lain yang difikirkan wajar menuju ke matlamat melahirkan pengguna bijak dan berhemah yang sebenar-sebanarnya.
Tidakkah penggunaan kad kredit hari ini merupakan suatu keperluan atau sekurang-kurangnya satu kemudahan yang tidak seharusnya ditinggalkan oleh mereka yang bijak menguruskan kewangan? Apa tidak bijaknya kalau sekiranya kad kredit digunakan sebagai alat yang memudahkan pengguna membeli di alam maya seperti tiket-tiket kapal terbang, keretapi, bas, buku atau membayar bil, membayar yuran pengajian, cukai pintu secara online dan sebagainya? Kerana di alam maya, wang kertas memang tidak diterima pakai.
Tidakkah bijak mereka yang menggunakan kad kredit sebagai kad yang memberikan pulangan berbentuk mata ganjaran? Sehingga mereka membeli barangan keperluan seperti di super market; sama ada makanan, pakaian, barangan dapur dan sebagainya itu, mereka akan diberikan mata ganjaran yang memberi lebih nilai kepada wang mereka. Kalau bayar tunai, mereka seolah-olah rugi kerana mereka hanya dapat apa yang mereka beli sahaja, sebaliknya dengan menggunakan kad kredit dan diberikan mata ganjaran tertentu, mereka akan dapat membawa balik dengannya barangan-barangan yang lain juga. Dengan itu membantu mereka berjimat kerana tidak perlu membeli beberapa jenis barangan dengan nilai wang tunai sebaliknya hanya dengan tukaran mata ganjaran.
Tidakkah seorang pengguna kad kredit itu bijak, kerana menguruskan wang simpanannya yang dibiarkan di dalam akaun sehingga akhir bulan (bil kad kredit dikeluarkan) dan mereka mendapat sedikit hibah pula daripada simpanannya itu. Kerana kalau pada hari gaji mereka telah mengeluarkan sejumlah besar atau kesemua wang untuk berbelanja, di mana lagi mereka dapat mengecapi hasil tambahan daripada kuasa wangnya? Tidakkah mereka bijak kerana pada akhir bulan, dan setelah mendapat hibah, mereka terus memindahkan kredit dari akaun asal untuk membayar bil kad kredit tanpa merugikan masa pergi ke mesin-mesin ATM yang berisiko terhadap aktiviti rompakan dan samunan. Atau sekurang-kurang keciciran wang.
Tidakkah pengguna kad kredit itu cerdik dan bijak apabila mereka membayar bil kad kredit bulanannya secara keseluruhan, kerana pihak bank tidak akan mengenakan sebarang caj perkhidmatan kepada pengguna yang sangat berdisiplin tersebut? Malah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak bank untuk menanggung bayaran pembeliannya selama sebulan itu adalah percuma sepercuma percumanya. Tiada sebarang caj perkhidmatan dikenakan sebaliknya diberikan lagi mata ganjaran sebagai pengiktirafan kepada kesetiaan dan disiplin pengguna berkenaan.
Tidakkah pengguna kad kredit itu bijak apabila mereka menggunakannya untuk membiayai pembelian dengan plan bayaran mudah (easy-payment). Selain mereka tidak dikenakan caj bulanan ke atas jumlah pembelian (biasanya dalam jumlah RM1000 ke atas) mereka pula dibenarkan hanya membayar secara bulanan dalam amaun yang mampu. Sama sahaja seperti bayar tunai, tetapi menikmati bayaran ansuran dengan tidak dikenakan caj tambahan.
Berdasarkan kepada pengamatan dan penilaian ana yang amat terhad ilmunya ini, ana merasakan, sekiranya seseorang itu hanya menggunakan satu kad kredit sahaja, dan mereka menggunakannya dengan sangat bijak sebagaimana dibincangkan di atas, memang tidak sepatutnya mereka dikenakan caj baru RM50 dengan alasan menjaga kebajikan dan membantu pengguna menguruskan kewangan yang berhemah. Hal ini kerana beliau sebenarnya telah menjadi seorang pengguna yang berhemah dalam berbelanja dan menguruskan kewangannya. Sebaliknya dengan caj seperti itulah (RM50) telah menjadikannya seorang yang tidak berhemah pula secara terpaksa, mandatori dan tiada pilihan.
Pemikiran ana ini pula ditambah dengan kritikan, rintihan dan keluhan beberapa orang rakan, sama ada melalui blog mereka, atau di mana-mana ana berjumpa, kata mereka “perkara ini dilakukan semata-mata kerana untuk mengambil peluang keuntungan ke atas pemegang kad kredit”. Sekali dengar memang macam tohmahan saja. Tetapi ana tidak pasti sekiranya ada dalam kalangan pengguna yang mungkin bersetuju dengan kenyataan sedemikian walaupun dengan nilai yang tidak sampai 100%.
Sesungguhnya, ana mengaku bahawa telah menggunakan kad kredit semenjak tahun kedua bergaji tetap (2002) dan ia berterusan sehingga kini. Dengan hanya satu kad kredit dan (alhamdulillah syukur banyak-banyak kepada Allah) tidak pernah tertanggung hutang kepada pihak bank pengeluar ataupun dikenakan caj walaupun hanya satu sen kerana ana; 1. membayar bil bulanan secara keseluruhan sebelum tarikh tamat; 2. tidak pernah melakukan pengeluaran tunai menggunakan kad kredit, malah ana telah membakar pin kad kredit tersebut pada saat pertama ia sampai ke muka pintu rumah; dan 3. menggunakan kad kredit berstatus ’percuma seumur hidup’.
Ana masih berharap, agar perkara ini masih lagi berada dalam kajian dan pertimbangan pihak kerajaan. Mungkin respon daripada pihak-pihak terlibat seperti pihak bank pengeluar kad kredit, persatuan pengguna dan juga respon para pengguna sendiri, membantu pihak kerajaan dalam meneliti dan mempertimbangkan semula cara implimentasi caj berkenaan. Ana hanya menganggap tulisan yang kecil ini sebagai satu daripada keluhan hati seorang rakyat Malaysia yang ingin melihat hasrat murni dan matlamat kerajaan menjaga kebajikan rakyat benar-benar tercapai.
Demi mendapat kapastian lanjut, ana juga turut menghubungi terus pihak bank pengeluar kad kredit ana yang telah banyak berjasa itu. Hari ini ana mendapat jawapan seperti di bawah:
Terima kasih di atas emel encik yang bertarikh 24 Oktober 2009 berkenaan dengan kad kredit.
Berdasarkan emel encik yang telah kami terima, maka kami ingin memaklumkan bahawa memandangkan “Perbelanjaan Negara bagi tahun 2010″ baru sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia, maka buat masa ini kami masih lagi sedang mendapatkan kepastian samada caj tersebut tetap akan dikenakan atau boleh ditolak berdasarkan syarat-syarat yang tertentu. Apabila semua perkara ini telah disahkan secara rasmi, pihak kami akan menghantar surat/notis rasmi kepada semua pemegang kad kredit kami untuk rujukan lanjut.
Ana berharap dan terus berharap, dalam masa dua bulan yang ada ini (sebelum Jan 2010) pihak bank dapat mencari jalan terbaik demi kepentingan pelanggan mereka yang bijak menguruskan kewangan seterusnya tidak menyusahkan mereka. Sesungguhnya pengguna kad kredit yang berhemat sebenarnya secara tidak langsung telah membantu mereka mengembangkan reputasi dan nama baik bank; yang dapat membiayai perbelanjaan pelanggan dengan konsisten, dalam masa sama mereka mendapat sedikit keuntungan daripada komisen yang dikenakan kepada para pekedai yang menggunakan mesin kad kredit mereka kepada para pelanggan yang tertarik untuk membeli belah di kedai mereka kerana menyediakan kemudahan bayaran dengan kad kredit dan sebagainya.
Itulah rantaian atau kitaran manfaat yang dinikmati secara bersama oleh pengguna, pembekal dan pekedai dalam penggunaan kad kredit. Perkara seperti ini tidak harus dilihat sebagai peluang sesetengah pihak mengaut keuntungan sebaliknya dilihat sebagai alat memberi dan menjamin kebajikan semua pihak termasuklah para pengguna.
Wallahu aklam.

(sumber: ibnrajab online.wordpress)

gravatar

BORANG DOWNLOAD DI SINI


HAL2 PEJABAT :

1. borang cuti ........ DOWNLOAD

2. borang tuntutan perjalanan ......... DOWNLOAD

3. Lampiran SKT............. DOWNLOAD


HAL2 PENGURUSAN KELAS : Cikgu Kelas Je..

1. maklumat kelayakan warga negara ............. DOWNLOAD

2. borang SMM-BMM untuk murid(maklumat murid) ........... DOWNLOAD

3. senarai harga buku teks (SPBT) .......... DOWNLOAD

4. marksheet kelas ................. DOWNLOAD (sample)



5. headcount(sample) ................ DOWNLOAD


HAL2 GURU MATA PELAJARAN :

1. sukatan .............. klik di bawah ini:
sukatan/huraian

2. borang tukar negeri atau daerah (online) : .....klik di bawah
onlineEtukar

3. modul P&P ........klik di bawah
lamanModulPnP

4. soalan2 contoh......klik di bawah
a. LamanBPK
b. LamanTutor
c. LamanTutor2

GURU KO KURIKULUM :

1. pengakap............. klik dibawah
a. http://www.malaysiascout.org/portal/news.php
b. http://www.pengakap.net/
c. ilmuPengakap


2. pbsm................ klik dibawah
a. http://redcrescent.org.my/drupal/

3. tunas puteri............. klik di bawah
a. http://www.panduputeri.org.my/keahlian/PPPM.php?g=3

KERTAS KERJA, PERSATUAN DAN MAJLIS:

1. contoh Kertas Kerja...................... DOWNLOAD

2. contoh Kertas Kerja2................... DOWNLOAD

nota-- berikan komen anda sedikit cuma untuk dinilai oleh ADMIN.
anda hanya perlu klik pada "comment", tulis komen anda, pilih anonymous
dan pos comment anda. Salam.

gravatar

tragedi kuala dipang


Seorang lemas, dua masih hilang
KAMPAR - Seorang murid perempuan lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka gunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira jam 10.30 malam kelmarin. Mayat Dina Deve Nathan, 11, ditemui pada jam 8.40 pagi semalam berhampiran loji di sungai itu-kira kira 4 kilometer dari tempat dia terjatuh. Dua mangsa yang masih hilang ialah Diryasree Vasudevan, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng dan Davadharshini Maheswaran, 11, SJKT Mambang Di Awan dekat sini. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Aziz Salleh berkata, setakat jam 5 petang semalam, operasi mencari yang melibatkan lebih 300 anggota penyelamat di kawasan sungai itu masih belum menemui kedua-dua mangsa. Mereka adalah di antara 22 pelajar sekolah yang terjatuh ke dalam Sungai Kampar ketika sedang meniti jambatan gantung di Kawasan Perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta, malam kelmarin.: "Bagaimanapun 19 daripada mereka berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal keselamatan sekolah terbabit," katanya. Kejadian berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan yang membabitkan 298 murid daripada 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah. Jambatan itu runtuh ketika sekumpulan peserta perkhemahan menyeberanginya dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan makan malam.: Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian mengarahkan siasatan segera dijalankan. “Jambatan gantung ini baru siap... jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah... kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak,” katanya. Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.: Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter. Operasi mencari dan menyelamat yang dilancar sebaik kejadian berlaku membabitkan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan: Awam dan agensi lain serta dibantu penduduk kampung. Ibu bapa murid berada di sekolah itu untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kela:m kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga jam 3 pagi, tiada maklumat diterima sam:a ada anak mereka selamat atau :tidak---- sinar

gravatar

separuh akhir- pertama


ARKIB : 27/10/2009-sumber utusan
Separuh akhir lebih terbuka
Oleh ABDUL HAFIZ AHMADhafiz.ahmad@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Dua tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-43 menjadi rebutan terbuka dan seimbang buat Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu dengan ketiadaan Selangor pada separuh akhir pertama, malam ini.
Namun, Si Rusa yang masih belum kalah selepas lapan perlawanan termasuk peringkat kumpulan, kini mengambil alih tumpuan Gergasi Merah sekali gus berpeluang agak cerah untuk terus merapati trofi teragung bola sepak negara ini.
Biarpun kemaraan tiga daripada mereka tidak mengejutkan kerana cuma mengatasi barisan kelab, tetap menonjol dalam kelompok empat terakhir ini ialah kemampuan Si Penyu menjinakkan Merah Kuning dengan bertemankan sedikit tuah dan ketumpulan penyudah lawan.
Jika juara Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super boleh tersungkur di Kuala Terengganu, bukan mustahil giliran anak buah Wan Jamak Wan Hassan menurut jejak kecundang itu apatah lagi lawan mempunyai kelebihan bermain lewat di gelanggang sendiri, Sabtu ini.
Segala rekod pertemuan Liga Super dan peringkat kumpulan lalu yang menyebelahi Negeri Sembilan sekadar boleh dibuat rujukan dan terus mematangkan kedua-dua pasukan tetapi yang paling menarik ialah pertembungan dua pemain muda yang menjaga gawang masing-masing.
Hanya satu gol membolosi Farizal Harun sepanjang Piala Malaysia dan Sharbinee Allawee begitu cemerlang, Sabtu lalu lantas yang seronok pastilah jurulatih negara K. Rajagobal menjelang Kelayakan Piala Asia 2011 (November) dan Sukan SEA Laos, Disember ini.
Lebih banyak pilihan penjaga gol yang mantap, bakal meningkatkan persaingan dan benteng terakhir skuad senior dan bawah 23 tahun Malaysia biarpun mungkin kurang menyenangkan penjaga gol Perlis, Farizal Marlias yang sekian lama menyandang posisi utama.
Malah, ketika Negeri Sembilan kian berbangga dengan ketajaman Zaquan Adha Radzak selaku antara penjaring terbanyak Piala Malaysia setakat ini, Terengganu pula menjanjikan seorang lagi bakal gandingan serangan Malaysia di Laos, Abdul Manaf Mamat.
Singa Utara pula perlu menyedari kehebatannya mengatasi Johor FC di Pasir Gudang dan Kangar dengan agregat selesa 4-1 tidak akan meniti rentak yang sama tatkala mengharungi Kelantan dan 'lautan merah' ribuan penyokong setianya di Stadium Sultan Muhamed IV.
Rasa terkilan dan bimbang Irfan Bakti Abu Salim pasti bercampur baur gara-gara kehilangan perancang tengah Perlis, Azi Shahril Azmi yang dilayangkan kad merah di Stadium Utama Negeri sekali gus digantung daripada kedua-dua perlawanan separuh akhir sehingga Sabtu ini.
Yang mampu menjadi penawar buat jurulatih naib juara Liga Super ini ialah kembalinya sentuhan penyudah pemenang Kasut Emas, Nizaruddin Yusof apatah lagi kemampuannya mencari gol menerusi tandukan, Sabtu lalu walaupun sesekali mengecewakan dengan kegagalan penalti.
Jelas sekali, keserasian Kelantan dengan percaturan B. Sathianathan turut diperkuatkan pengalaman jurulatih itu ketika mendidik bintang Wira Merah seperti Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Ahmad Azlan Zainal dalam skuad negara lalu.
Tanpa Azi yang jarang diabaikan Sathianathan dalam persediaan skuad kebangsaan, jurulatih kelahiran Perak yang menyarung jersi Negeri Sembilan pada era 80-an ini semakin arif bagaimana untuk melumpuhkan bahagian tengah lawan dan meraih bekalan gol yang selesa dari Kota Bharu.

gravatar

pasukan bola baling sk bangsar 2009


team bola baling sk bangsar bersama jurulatih2 yang betungkus lumus dalam kejayaan pasukan, iatu cikgu ismail, ustaz ikhwan najib dan cikgu nazir. peringkat zon pasukan bola baling (lk) juara manakala pasukan bola baling (pr) naib juara. syabas kepada yang terlibat.

manakala dalam peringkat msskl pula pasukan lelaki hanya tempat ke 4 dan pasukan perempuan tempat ke 3. semangat anda dikenang.


buat pose pada kamera sebelum masuk perlawanan.



sifu, cikgu ismail sedang membuat percaturan, manakal backup sifu ustaz ikhwan dan pakar motivasi cikgu nazir sedang bersedia di tepi padang.


pasukan lelaki sedang bersedia masuk ke padang.


gravatar

pasukan bolasepak sk bangsar

-maaf, dalam pembinaan.

gravatar

pasukan takraw sekolah 2009











gravatar

cikgu popular 30


gravatar

cikgu popular 29


gravatar

dulu anda pernah di sini 06


gravatar

bilik kemahiran hidup (kh)


cikgu nordin samad adalah guru yang menguruskan hal2 bilik kh sekolah.

gravatar

dulu anda pernah di sini 05


gravatar

dulu anda pernah di sini 04


gravatar

PK Koko SKBangsar


EN ISMAIL BIN AHMAD

PK KOKO TERDAHULU:

-EN MOHD NAZRI MUSA(PEMANGKU)
-EN PUTRA
-PN HA

gravatar

dulu anda pernah di sini 02


gravatar

dulu anda pernah di sini 01


gravatar

cikgu popular 29


gravatar

cikgu popular 28


gravatar

cikgu popular 27


gravatar

unit PRA Sekolah


cikgu amy orang kuat pra sekolah sk bangsar

untuk maklumat lanjut tentang pra sekola sayang, klik link di bawah:
http://prasekolahskb.blogspot.com

gravatar

sk bangsar

.........................................................



Photobucket
selamat melayar laman blog ini, salam untuk semua..............NBA.

gravatar

sek keb bangsar

terima kasih masuk pada halaman ini, selamat melayar.

gravatar

staff pejabat sk bangsar


sebahagian kakitangan pejabat sek keb bangsar.

mereka banyak membantu tentang tugas2 disebalik tabir mengenai fail2 guru dan hal2 pejabat.

mereka selalu bertugas dengan senyuman.


jasa mu tetap dikenang.

gravatar

laman kelab bsepak kelantan



klik di bawah ini untuk ke laman tersebut

http://www.redkijang.com/




gravatar

suku akhir kedua

Terengganu kejut Selangor
Oleh Khairul Anuar Samad, Hamid Salleh, Bashah Zainol Abidin dan Kamudin Baharombhsukan@bharian.com.my
Skuad Penyu gah iringi NS, Kelantan, Perlis layak separuh akhir PENJAGA gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee menghancurkan impian Selangor menyapu bersih empat gelaran domestik, musim ini apabila menyempurnakan penentuan sepakan penalti, malam tadi untuk menjulang pasukan mara gah ke separuh akhir Piala Malaysia, musim ini dengan keputusan 5-4 selepas terikat agregat 2-2. Turut layak ke kelompok empat terakhir adalah Negeri Sembilan, Kelantan dan Perlis yang masing-masing merakamkan kemenangan selasa.

Sharbinee, sebelum itu menyelamatkan sepakan Nasriq Baharom tampil untuk mengambil sepakan terakhir yang diarahkan ke bucu kanan Hamsani Ahmad - sekali gus menggamatkan

penyokong yang membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Terdahulu perlawanan terikat 1-1 sehingga masa tambahan dengan tuan rumah mendahului menerusi Abdul Manaf Mamat minit ke-12 sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi R Surendran minit ke-62. Terengganu akan bertemu Negeri Sembilan pada separuh akhir pertama, Selasa ini. Negeri Sembilan menjaringkan tiga gol pada babak pertama permainan bagi memastikan slot separuh akhir milik mutlak mereka dengan kemaraan agregat 5-0 mengatasi Kuala Muda Naza di Alor Setar.
Satu lagi separuh akhir akan menemukan Kelantan menentang Perlis apabila kedua-dua pasukan mengekalkan kelebihan yang dimiliki pada timbal balik pertama dengan kejayaan di tempat sendiri, malam tadi. Kelantan, yang kali terakhir membuat penampilan pada final Piala Malaysia 39 tahun lalu, memastikan tiket ke pusingan empat terakhir dengan kemenangan 3-0 ke atas KL Plus di Stadium Sultan Mohd IV bagi kejayaan agregat 4-1. Perlis, juara dua kali, juga mara dengan agregat 4-1 selepas menundukkan Johor FC 2-0 di Stadium Utama, Kangar hasil jaringan Amar Rohidan, minit kelapan dan Mohd Nizaruddin Yusof, tiga minit selepas rehat.

gravatar

bilik akses skb


en rosdan jadid adalah ketua bilik akses.




en hafis adalah pembantu bilik komputer






en yazid adalah pembantu data sekolah




klik di bawah untuk maklumat lanjut
klik di bawah untuk maklumat lanjut

http://www.skbpusatakses.blogspot.com/

gravatar

lagu skb

"lagu Sekolah Kebangsaan Bangsar"

gravatar

mastuki lakaran menarik


gravatar

kampung ditelan bumi-gempa bumi di Padang

400 hadir kenduri hilang ditelan bumi ketika gempa
03/10/2009 5:40pm
JAKARTA 3 Okt. - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 September.
Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.
“Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh),” kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S.Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.
Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.
Tragedi di kampung itu merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.-Bernama

(sumber: utusan)

gravatar

tidak boleh jadi guru

Isu guru pelatih tidak boleh jadi guru kerana gemuk

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIMtarmizi.rahim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Hanya salah faham sahaja dan kes seorang pelatih guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Rajang, Sarawak yang mendakwa telah diminta berhenti kerana terlalu gemuk, selesai.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, pelatih itu akan meneruskan latihannya seperti biasa untuk menjadi seorang guru kerana dasar kerajaan adalah jelas iaitu tidak pernah menetapkan syarat individu gemuk tidak boleh diterima menjadi guru.
Jelasnya, dalam setiap perkara berbangkit setiap pihak perlu merujuk kembali kepada peraturan sedia ada iaitu tiada syarat khusus berkenaan.
''Ia sebenarnya adalah salah faham sahaja, tidak timbul isu Kementerian Pelajaran memberi arahan supaya pelatih itu diberhentikan kerana terlalu gemuk.
''Kes ini dikira selesai dan tidak berbangkit lagi kerana dalam apa-apa perkara kena rujuk kepada peraturan sedia ada, dia akan teruskan latihan untuk menjadi guru,'' katanya.
Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran rancangan animasi kanak- kanak terbaru, Boo and Me oleh KidsCo di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan pelatih di IPGM berkenaan, Joanna Gilbert Asson, 29, bahawa dia telah dimaklumkan oleh pegawai kanan institut itu bahawa dirinya tidak layak menjadi guru kerana terlalu gemuk.
Lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu juga mendakwa pegawai terbabit telah memintanya mendaftar semula sebagai pelatih hanya setelah dia dapat menguruskan badannya yang kini seberat 110 kilogram.
Ketika diminta mengulas apa yang dimaksudkan salah faham itu, Mohd. Puad menjelaskan bahawa berkemungkinan besar nasihat sedemikian diberikan kerana pihak berkenaan beranggapan Joanna tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik.
''Mungkin ia lebih kepada budi bicara Jabatan Pelajaran negeri atau IPGM, tetapi ia tidak berbangkit lagi kerana peraturan asalnya adalah tiada syarat orang gemuk tidak boleh menjadi guru,'' katanya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa nasihat atau pandangan pihak jabatan akan terpakai jika ia diberikan semasa proses pengambilan guru pada peringkat awal lagi sebelum diterima memasuki IPGM.
''Contohnya pelatih yang sedang sarat mengandung, semasa datang untuk proses pemilihan pengambilan, panel biasanya akan menasihatkannya supaya memohon semula selepas bersalin,'' jelasnya.

(sumber: utusan)

gravatar

ketua panitia agama islam


ustaz sabri.
orang penting dalam panitia agama islam dan sekolah skb.
bak kata kawan2 tak ada ustaz sabri banyak kerja sekolah susah nak dijalankan.

untuk maklumat lanjut tentang panitia agama islam, klik link di bawah:
http://paiskb.blogspot.com/

gravatar

unit bilik media






cikgu nazir



seorang yang gigih dalam kerjaya. mengajar bmelayu dan pjk, juga pakar dalam bidang fotografi, pidato, pengucapan awam, berita dan pengurusan displin pelajar.
cikgu zulkifli
banyak membantu dalam penyelenggaraan bilik media.
pakar dalam fotografi dan sistem komputer.

gravatar

PSS skbangsar


ketua unit PSS , cikgu norhazalina
orang kuat PSS tahun 2009, setiap aktiviti mesti dilakukan dengan cekap dan pantas.

-jawatankuasa kerja
-pengawas PSS sekolah
-aktiviti PSS
-nilam
-perpustakaan
-dll,
.......................................................................................................................
maklumat lanjut tentang PSS , sila tekan link di bawah:
maklumat lanjut tentang PSS , sila tekan link di bawah:
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/
........................................................................................................................

gravatar

cikgu popular 27







gravatar

cikgu popular ...


gravatar

ydp pibg skbangsar


gravatar

cikgu popular ..







Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT