gravatar

cikgu popular 30


gravatar

assalammualaikum Lan, nampak beso bebeno.

gravatar

Assalamualaikum Lan. Dah 14 tahun pindah kat subang , seronoknya dapat tengok gambar member-member lama sesi 89 hingga 94. Lan Mokhtar , Surin, K. Yam, Lalitha, Nordin masih kat bangsar lagi ye.Lan Mokhtar ngan K. Yam masih steady je lagi

gravatar

assalamualaikum.. cikgu mungkin dah tak ingat saye.. nurhazirah 'aqilah salim musa, 6 yakin 2004.. harap cikgu bahagia selalu dan terima kasih banyak2 kerana mengajar saya matematik dan segalanya....

gravatar

ckgu x pernh lupa kt ank murid dia pon..semuanya dia ingat lgi eh..x pernah lupa k'cuali kalau budak tu pernah kena lempang dgn dia.hahaha..

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT