gravatar

Selamat Hari Guru 2011


Dalam Bulan Mei banyak hari yang akan disambut salah satunya adalah Hari Guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun.
TEMA HARI GURU 2011
Guru Penjana Tranfomasi Pendidikan Negara.

IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Lagu Guru Malaysia boleh nyanyi bersama-sama...selamat hari Guru.



....

gravatar

e-Operasi data baru yang perlu diisi oleh guru

Semua guru kini dilibatkan lagi dengan laman baru yang mesti diisi
iaitu E Operasi. Kebanyakan laman ini adalah bersifat data peribadi
guru-guru di Malaysia.

Data ini digunakan bagi pertukaran guru-guru Malaysia di sistem e-GTukar
secara online. Oleh itu, jika guru-guru tidak register di dalam e-Operasi
mungkin guru akan menghadapi masalah dalam e-GTukar.

Untuk orang baru klik link dibawah:

http://apps.moe.gov.my/eoperasi/index.cfm?CFID=2039512&CFTOKEN=15895725

Sebagai panduan bagi yang mahu register, anda boleh lihat panduan dibawah.
Anda boleh klik 2 x pada gambar untuk pembesaran.

gravatar

Lagu Rasmi Sekolah

Ketiga-tiga lagu dibawah ini adalah lagu wajib yang mesti dinyanyikan semasa perhimpunan berlangsung di SK Bangsar. Untuk paparan dan rujukan kepada sesiapa yang masih mencari lagu dan lirik lagu rasmi ini, di sini ada sumber rujukan buat anda.
TQ.


1.LAGU NEGARA KU.


2.LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN


3. LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR


Lirik lagu Wilayah Persekutuan klik disini_Lagu_Wilayah
Lirik lagu Sekolah klik disini_Lagu_Sekolah

...

gravatar

e-Penyata Gaji (Malaysia)




Salam kepada pegawai/pekerja perkhidmatan kerajaan(Malaysia), di sini adalah laman e-Penyata Gaji. Pada masa kini(bermula 1.12.2010) setiap bulan penyata gaji anda hendaklah di akses secara online dari laman ini.


klik di sini: http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx


Pada laman ini , jika anda pertama kali masuk, hendak mendaftar dengan mengisi maklumat yang tepat seperti yang tertera dalam slip gaji lama anda. Kemudian buat(cipta) satu password khas anda(rahsiakan).

Setelah itu barulah anda boleh akses masuk dengan mengisi IC anda dan Password yang anda ciptakan tadi. Selamat mencuba.

Itu saja ....ok.



...

gravatar

Gaji 2011



Apa yang penting apabila masuk tahun 2011 adalah jadual gaji bagi kakitangan awam atau kerajaan. Apa-apa pun sesiapa yang berkenan boleh ambil saja kat sini. Admin izinkan.....yang penting masyuk gaji tepat waktunya.....samalah juga tepatnya kalian masuk kerja.

Salam semua.

gravatar

Kalender 2011 dan cuti-cuti

**Klik 2X untuk besarkan gambar.


Double klik di atas imej kalender ini, utk besarkan saiz.



Di atas ini disediakan Kalender 2011 untuk rujukan kepada sesiapa yang berminat.
Boleh saja copy di izinkan oleh Admin.

...
Cuti2 di bawah:

1 Jan (Sat) New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
11 Jan (Tue) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
14 Jan (Fri) Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday Negeri Sembilan only
16 Jan (Sun) Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
20 Jan (Thu) Thaipusam * Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Tue) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
3 Feb (Thu) Chinese New Year
National
4 Feb (Fri) Chinese New Year (2nd Day)
National except Kelantan and Terengganu
15 Feb (Tue) Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul) National
4 Mar (Fri) Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu Terengganu only
30 Mar (Wed) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
31 Mar (Thu) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
15 Apr (Fri) Declaration of Malacca as
a Historical City Malacca only
19 Apr (Tue) Sultan of Perak's Birthday Perak only
22 Apr (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only
1 May (Sun) Labour Day National
7 May (Sat) Hari Hol Pahang Pahang only
17 May (Tue) Vesak Day National
17 May (Tue) Raja Perlis' Birthday Perlis only
30 May (Mon) Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May (Tue) Harvest Festival Sabah & Labuan only
1 Jun (Wed) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Thu) Hari Gawai Sarawak only
4 Jun (Sat) Agong's Birthday National
29 Jun (Wed) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Thu) Georgetown World Heritage City Day Penang only
9 Jul (Sat) Penang Governor's Birthday Penang only
20 Jul (Wed) Sultan of Terengganu's Birthday Terengganu only
1 Aug (Mon) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
17 Aug (Wed) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
30 Aug (Tue) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Wed) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Wed) National Day National
10 Sep (Sat) Sarawak Governor's Birthday Sarawak only
16 Sep (Fri) Malaysia Day National&
1 Oct (Sat) Sabah Governor's Birthday Sabah only
8 Oct (Sat) Malacca Governor's Birthday Malacca only
24 Oct (Mon) Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
26 Oct (Wed) Deepavali National
6 Nov (Sun) Hari Raya Haji * National
7 Nov (Mon) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
22 Nov (Tue) Sultan of Johor's Birthday Johor only
27 Nov (Sun) Awal Muharram (Maal Hijrah) National
11 Dec (Sun) Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
25 Dec (Sun) Christmas National

...

gravatar

UPSR 2010...SK Bangsar




Tahniah bagi calon UPSR 2010 SK Bangsar.
Seramai 12 orang mendapat 5A.


Tahniah juga buat tenaga pengajarnya serta keluarganya.

...

gravatar

UPSR 2009


Seramai 4 calon mendapat 5A.
Tahniah kepada :
1. Fatin Syaheera bt. Mohd. Zuki - 6 Dinamik
2. Rabiatul Nurul Atikah bt. Jafree - 6 Dinamik
3. Abdul Muhaimin b. Mazeli 6 - Dinamik
4. Siti Norsarina - 6 Dinamik



Tahniah semua....
...

gravatar

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010...



KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta dan dendam terbalas, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.

Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.

Gegak gempita sorakan serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.

Sebaliknya Negeri Sembilan terlepas peluang untuk merangkul gelaran berganda musim ini selepas Piala FA, April lalu biarpun mengejutkan lawan dengan sepakan penalti penyerang bidan terjun, Shahurain Abu Samah pada babak pertama.

Malah mereka mampu mendahului lebih awal andainya penyerangnya, Idris Karim lebih kuat menyepak umpanan lambung S. Kunanlan dari sebelah kanan, ketika cuma berdepan Khairul Fahmi Che Mat, yang sempat menyambut tolakannya pada minit keenam.

Dalam satu serangan balas pantas yang dilancarkan Kunanlan minit ke-12, Kelantan tergamam sehingga penjaga golnya, Khairul Fahmi terpaksa membentes sayap kanan Negeri Sembilan dan menghadiahkan sepakan penalti buat juara bertahan.

Biarpun diarahkan pengadil Subkhiddin Salleh supaya mengambil semula sepakan penalti yang berjaya disudahi, Shahurain Abu Samah tetap tenang menolak ke kiri gawang Kelantan untuk mencipta gol pembukaan Si Rusa, seminit kemudian.

Namun, Si Kijang masih tidak mahu mengalah, setelah rembatan jauh Zairul Fitree Ishak tersasar tinggi pada minit ke-11, Badri Radzi pula terlepas menyamakan kedudukan apabila rembatannya sempat disekat bek tengah lawan, Shukor Adan pada minit ke-35.

Enam minit kemudian menyaksikan kehampaan berterusan Idris gara-gara dipersalahkan pengadil ketika cuba menyambut umpanan lambung Ching Hong Aik dengan tandukan walaupun, hanya perlu mengatasi Khairul Fahmi yang sempat mendakap bola.

Tiga minit masa kecederaan turut merakamkan kegagalan percubaan sayap kanan Wira Merah, Nor Farhan Muhammad dalam kotak penalti sementara rembatan jauh ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin pula berjaya ditepis penjaga gol Si Rusa, Sani Anuar Kamsani.

Dalam dua minit babak kedua bersambung, Kelantan kian garang memburu gol penyamaan, namun kedua-dua percubaan Badri dan Hairuddin Omar sekadar mencemaskan Sani Anuar tetapi belum dapat menembusi kubu terakhir pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu.

Gol penyamaan idaman Wira Merah tiba juga pada minit ke-57 hasil umpanan lambung Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan yang cukup tepat disudahi dengan tandukan kencang Hairuddin tanpa mampu digapai Sani Anuar lagi.

Bersemangat tinggi dengan gol itu, Kelantan mengasak lagi, lalu Badri menggembirakan dan menghadiahkan majoriti hadirin Stadium Nasional yang membentuk Lautan Merah dengan jaringan kedua minit ke-64 setelah mendapat lorongan Nor Farhan dari belakangnya.

Wira Merah beroleh satu lagi peluang keemasan setelah penyerang gantian, Akmal Rizal Rakhli dikasari Alif Shamsuddin tetapi sepakan bebas Indra Putra menghampakan pasukan dan peminat mereka kerana melewati palang gol pada minit ke-83.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.

NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Shukor Adan, Aidil Zafuan Radzak (Firdaus Azizul), Ching Hong Aik (Asyraf Al Japri), Alif Shamsuddin, Idris Karim, Halim Zainal, S. Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Qhairul Anwar Roslaini (Shaffik Rahman).

...

gol kemenangan Kelantan klik di sini: Gol Kelantan 2010
...

gravatar

Jom Melawat Terengganu....


Jika anda mahu melawat ke Terengganu tanpa kos dan tenaga yang banyak,
anda hanya perlu klik laman Visit Terengganu Today di bawah ini,
selamat berkunjung ke Terengganu Kite......

klik di bawah ini:
http://visitterengganutoday.blogspot.com/



....

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT