Archives

gravatar

Salam Kemerdekaan ke- 53, 2010


Salam kemerdekaan kali ke 53 buat negara kita Malaysia. Kemerdekaan kali ini disambut dengan tema: “1Malaysia Menjana Transformasi” . Bermula dengan majlis perasmian di negeri Perlis pada 1 Ogos dan berakhir di Sabah pada 16 September sempena tarikh pembentukan Malaysia.

"Kemerdekaan" adalah satu kata pembebasan negara daripada penjajahan pihak lain dalam mentadbir dan merampas hasil bumi dan keringat rakyat Malaysia. Dahulunya negara kita telah dijajah oleh banyak pihak, bermula dengan Portugis, Inggeris, Jepun, Komunis Bintang 3 dan kembali dijajah semula oleh Inggeris. Dari situ barulah kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk(gabungan Sarawak dan Sabah) pada 16 september 1963.

Namun sudah 53 tahun kita merdeka, tiada lagi penentang penjajahan senjata api. Untuk apa lagi generasi baru Malaysia selepas merdeka mahu berjuang?....

Salam Kemerdekaan.
Merdekakan diri kita dari kesusutan ilmu pengetahuan dan kejahilan.
Pejuangkan penjajahan minda dan budaya luar yang meresap dalam negara kita.
Pecahkan ruyung kemunduran kemahiran dan pengalaman.
Pejuangkan nilai-nilai kemanusiaan daripada kemerosotan sosial.


...
rujukan Pembentukan Malaysia di sini.

gravatar

Puasa datang lagi 2010



Lafaz niat
Lafaz pendek setiap malam:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap setiap malam:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Salam menempuh Ramadhan al Mubarak.
Semoga mendapat keberkatan.


...

gravatar

Warna- warni Sukan SKB 2010

Sukan SK Bangsar telah berlangsung pada 10 Julai (Sabtu)2010 di Padang Sekolah SK Bangsar. Di sini dipaparkan secebis warna-warni semasa acara sukan itu berlangsung.
Juara keseluruhan pada tahun 2010 dimenangi oleh Rumah Biru atau Bayan.

Syabas pada pemenang dan yang terlibat.



Anda hanya perlu klik pada gambar di atas 2x atau
klik sahaja di siniA. atau di siniB .

...

gravatar

Piala Dunia 2010



Viva Espana La Roja...
Kemenangan mutlak milik Sepanyol. Kehebatan bolsepak semasa dalam 4-5 tahun kebelakangan ini adalah milik Sepanyol yang baru sahaja menjadi juara Negara Eropah 2008 dan sekali membuktikan kehebatanya dengan menjuarai Piala Dunia 2010.

Spain menampilkan permainan cantik, kreatif dan pantas yang berbeza dengan totalfootball Belanda yang keras dan hilang penguasaan mereka seperti di separuh akhir. Penampilan hebat mereka banyak bergantung kepada 2 pemain hebat mereka yang bertindak sebagai perancang utama, Ineasta dan Xavi. Ini dibuktikan lagi pada statistik larian dan hantaran dari 2 pemain ini adalah yang paling tinggi dalam kejohanan ini.

Apa pun Spain telah memecah tembok pemikiran kita, bahawa sebuah negara yang tidak pernah ada rekod layak ke final mampu menjadi juara walaupun pertama kali masuk ke final. Satu kejutan hebat dalam sejarah Piala Dunia.

Satu lagi sejarah dalam piala dunia 2010 yang tercipta, adalah ini merupakan satu-satunya kejohanan yang dimenangi oleh negara Eropah di luar benua Eropah yang sebelum ini pasukan Eropah tidak pernah menjuarai piala dunia ini diluar benua mereka.

Ramai juga bintang-bintang yang tenggelam seperti Ronaldo(Portugal), Messi(Argentina), Ronney(England), Kaka(Brazil) dan juga ada bintang-bintang yang lebih menonjol seperti Forlan(Uruguay), Ineasta(Spain), Mueller(Jerman), Xavi,(Spain),Klose(Jerman). Apa-apa pun kita yang menilai Piala Dunia bukan sahaja untuk hiburan bolasepak semata-mata, tapi pengajaran dari kejohanan boleh diterapkan dalam kehidupan dan organisasi kita.....iaitu KERJASAMA dan DISIPLIN adalah tunggak kejayaan sesuatu usaha.

Jumpa di Piala Dunia 2014 di Brazilllll....


Sumber:nbakenangan.blogspot.com


...

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT