Archives

gravatar

Salam Hari Guru 2010


Dalam Bulan Mei banyak hari yang akan disambut salah satunya adalah Hari Guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Sepanjang pengalaman ku di Sekolah Kebangsaan Bangsar, aku tertarik pada satu watak seorang guru pada awal tahun 2000. Sekali terlintas bayangnya pasti seluruh murid sesi petang akan perperangai baik, malah murid di kantin akan berpusus-pusu duduk tertib di meja makan.

Satu kali sahaja sergahnya pasti murid yang gerun akan terkencing dalam seluar dan kain. Tidak kira lagi kalau guru ini memegang tangan murid yang bersalah itu. Pasti menjerit ketakutan dan terkencing sekali.

Bak kata cikgu lain "agak susah kalau tak ada cikgu ini waktu perhimpunan" murid-murid susah hendak dikawal.
Jarang sekali dapat melihat kelibat cikgu yang tinggi hemahnya dan seriusnya di dalam kerjaya perguruan di sekolah.

Cikgu tersebut adalah Cikgu Imran. Beliau telah bertukar balik ke kampungnya di Kedah. Selamat Hari Guru Cikgu Imran.

TEMA HARI GURU 2010

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Lagu Guru Malaysia boleh nyanyi selepas Lagu Wilayah,
Selamat Hari Guru semua........

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT