gravatar

tragedi kuala dipang


Seorang lemas, dua masih hilang
KAMPAR - Seorang murid perempuan lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka gunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira jam 10.30 malam kelmarin. Mayat Dina Deve Nathan, 11, ditemui pada jam 8.40 pagi semalam berhampiran loji di sungai itu-kira kira 4 kilometer dari tempat dia terjatuh. Dua mangsa yang masih hilang ialah Diryasree Vasudevan, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng dan Davadharshini Maheswaran, 11, SJKT Mambang Di Awan dekat sini. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Aziz Salleh berkata, setakat jam 5 petang semalam, operasi mencari yang melibatkan lebih 300 anggota penyelamat di kawasan sungai itu masih belum menemui kedua-dua mangsa. Mereka adalah di antara 22 pelajar sekolah yang terjatuh ke dalam Sungai Kampar ketika sedang meniti jambatan gantung di Kawasan Perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta, malam kelmarin.: "Bagaimanapun 19 daripada mereka berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal keselamatan sekolah terbabit," katanya. Kejadian berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan yang membabitkan 298 murid daripada 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah. Jambatan itu runtuh ketika sekumpulan peserta perkhemahan menyeberanginya dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan makan malam.: Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian mengarahkan siasatan segera dijalankan. “Jambatan gantung ini baru siap... jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah... kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak,” katanya. Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.: Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter. Operasi mencari dan menyelamat yang dilancar sebaik kejadian berlaku membabitkan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan: Awam dan agensi lain serta dibantu penduduk kampung. Ibu bapa murid berada di sekolah itu untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kela:m kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga jam 3 pagi, tiada maklumat diterima sam:a ada anak mereka selamat atau :tidak---- sinar

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT