gravatar

tidak boleh jadi guru

Isu guru pelatih tidak boleh jadi guru kerana gemuk

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIMtarmizi.rahim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Hanya salah faham sahaja dan kes seorang pelatih guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Rajang, Sarawak yang mendakwa telah diminta berhenti kerana terlalu gemuk, selesai.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, pelatih itu akan meneruskan latihannya seperti biasa untuk menjadi seorang guru kerana dasar kerajaan adalah jelas iaitu tidak pernah menetapkan syarat individu gemuk tidak boleh diterima menjadi guru.
Jelasnya, dalam setiap perkara berbangkit setiap pihak perlu merujuk kembali kepada peraturan sedia ada iaitu tiada syarat khusus berkenaan.
''Ia sebenarnya adalah salah faham sahaja, tidak timbul isu Kementerian Pelajaran memberi arahan supaya pelatih itu diberhentikan kerana terlalu gemuk.
''Kes ini dikira selesai dan tidak berbangkit lagi kerana dalam apa-apa perkara kena rujuk kepada peraturan sedia ada, dia akan teruskan latihan untuk menjadi guru,'' katanya.
Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran rancangan animasi kanak- kanak terbaru, Boo and Me oleh KidsCo di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan pelatih di IPGM berkenaan, Joanna Gilbert Asson, 29, bahawa dia telah dimaklumkan oleh pegawai kanan institut itu bahawa dirinya tidak layak menjadi guru kerana terlalu gemuk.
Lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu juga mendakwa pegawai terbabit telah memintanya mendaftar semula sebagai pelatih hanya setelah dia dapat menguruskan badannya yang kini seberat 110 kilogram.
Ketika diminta mengulas apa yang dimaksudkan salah faham itu, Mohd. Puad menjelaskan bahawa berkemungkinan besar nasihat sedemikian diberikan kerana pihak berkenaan beranggapan Joanna tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik.
''Mungkin ia lebih kepada budi bicara Jabatan Pelajaran negeri atau IPGM, tetapi ia tidak berbangkit lagi kerana peraturan asalnya adalah tiada syarat orang gemuk tidak boleh menjadi guru,'' katanya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa nasihat atau pandangan pihak jabatan akan terpakai jika ia diberikan semasa proses pengambilan guru pada peringkat awal lagi sebelum diterima memasuki IPGM.
''Contohnya pelatih yang sedang sarat mengandung, semasa datang untuk proses pemilihan pengambilan, panel biasanya akan menasihatkannya supaya memohon semula selepas bersalin,'' jelasnya.

(sumber: utusan)

gravatar

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/10/sk-bangsar-pilihan-nestle.html

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT