gravatar

separuh akhir- kedua


Kelantan jumpa NS di final
Oleh Kamudin Baharombhsukan@bharian.com.my
PEMAIN Kelantan meraikan kejayaan ke final Piala Malaysia menerusi agregat 5-1 selepas menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi.
Hatrik Nor Farhan pastikan Red Warriors mara selepas 39 tahun kempunan HATRIK daripada Nor Farhan Mohamad menjulang Kelantan layak ke final Piala Malaysia pertama mereka dalam tempoh 39 tahun selepas gah menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi. Kejayaan agregat 5-1 itu menyaksikan The Red Warriors bakal bertemu Negeri Sembilan - lawan yang menewaskan Terengganu, juga dengan angka jaringan sama - bagi memburu mahkota kejuaraan edisi kali ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 November ini.


Ketiadaan tonggak tengah, Indra Putra Mahyuddin sedikit pun tidak menjejaskan anak didik B Sathianathan dengan Nor Farhan membuktikan Kelantan mampu berdiri tinggi tanpanya apabila menjaringkan semua gol pasukan minit ke-26, 53 dan 87. Kelantan yang bijak menyerap asakan lawan membuka jaringan melalui Nor Farhan yang berjaya melepasi kekangan Fauzi Nan sebelum tenang menolak masuk bola ke dalam gawang Perlis. Selepas rehat, pelawat melebarkan jaringan apabila Nor Farhan sekali lagi mempamerkan kawalan bola cemerlang dan hantaran lintangnya dari kanan kotak penalti terkena pertahanan Perlis sebelum melepasi penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.
Perlis bagaimanapun terus mencari gol pertama dan akhirnya berjaya disempurnakan Firdaus Fauzi pada minit ke-70 yang meloloskan diri daripada pertahanan sebelum menyepak tenang melepasi Halim. Namun, ia gagal menghalang gemilang Nor Farhan dan Kelantan apabila penyudah tepat pemain berkenaan menewaskan Farizal untuk meletakkan Kelantan dalam buruan gelaran pertama selepas gagal pada 1970 dan 1955.

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT