Via Ferrata di Gunung Kinabalu
Pengalaman pengembara yang sungguh istimewa!
Mountain Torq via Ferrata adalah laluan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, ia adalah laluan pendakian yang pertama dibina di Asia dan yang tertinggi di dunia (atau "Jalan besi"dalam Bahasa Itali). Laluan ini terletak pada aras ketinggian 3,200m ke 3,800m, via ferrata terletak berhampiran dengan puncak Gunung
Kinabalu di Sabah, Malaysia Borneo. Gunung Torq membolehkan pendaki-pendaki daripada semua peringkat umur untuk mendaki di permukaan berbatu Gunung Kinabalu, laluan pilihan ini memberi peluang kepada pendaki untuk menikmati keindahan pemandangan gunung dari pelbagai sudut yang berlainan.
Apakah itu via ferrata?
Via Ferrata adalah laluan pendakian yang dilengkapi dengan tangga dan kabel dipasang pada permukaan berbatu, membuka satu jalan yang terlindung untuk memastikan semua pendaki dapat melaluinya. Di sini pendaki berpeluang menikmati pemandangan gunung yang indah di mana biasanya hanya dapat dinikmati oleh pendaki batu atau penduduk gunung sahaja. Mountain Torq via ferrata memberi peluang kepada pendaki merasai keseronokan mendekati Gunung Kinabalu dan menghayati permandangan puncak dan lembah yang sungguh ajaib.
Aktiviti-aktiviti Via Ferrata Yang Menyeronokkan
Mountain Torq memberi pilihan laluan pendakian dari tahap mula belajar ke tahap pertengahan, setiap laluan mengambil masa kira-kira 2-5 jam. Anda boleh memilih laluan yang di sediakan.
Mendaki Torq (Walk the Torq)
Mulakan langkah anda pada via ferrata yang tertinggi di dunia dan belajar mendaki Torq.
Acara kemuncak:
6m Jambatan Monyet
430m jarak pendakian batu
Gred : Mudah dan sesuai untuk pendaki baru belajar.
Pusingan Puncak Low's (The Low's Peak Circuit)
Mendaki ke Puncak Low's. Semasa menurun gunung, melalui via ferrata untuk menikmati permandangan ajaib dan terokai laluan ini dengan ditemani jurulatih.
Acara kemuncak:
Laluan pendakian baru untuk menghayati Gunung Kinabalu
Via Feratta yang tertinggi di dunia
Kepanjangan via feratta adalah 763m
Termasuk mendaki Torq
Gred : Agak susah dan memerlukan fizikal badan yang kuat, sesuai untuk pendaki yang tegap, tidak takut pada ketinggian.
Mukadimah (The Preamble)
Mendaki permukaan berbatu tegak pada via ferrata dan menikmati permandangan panoramik hutan Kinabalu. Menamatkan via feratta dengan mendaki ke titik penamat Puncak Selatan, iaitu puncak Gunung Kinabalu yang paling prolifik.
Acara kemuncak:
8m 3 kabel jambatan Nepalese
22m jambatan bergantung pada 3,600m
Termasuk mendaki Torq
Gred : Agak susah atau memerlukan fizikal badan yang kuat, sesuai untuk pendaki yang tegap.
Adakah Anda Tahu?
Terletak pada aras 3,800m, Mountain Torq adalah via feratta tertinggi di dunia dan pertama dibina di Asia
Waktu perang dunia pertama, tentera menggunakan via feratta untuk menyeberangi Banjaran Gunung Italian
Sesiapa sahaja berumur antara 10 hingga 70 boleh mendaki Mountain Torq via ferrata
Mountain Torq adalah pusat latihan pendakian gunung pertama di Asia Tenggara.
Mountain Torq terletak di Gunung Kinabalu, tapak warisan sedunia yang terkenal dengan kekayaan kepelbagaian tumbuhan dan haiwan
Di Puncak Gunung Kinabalu
Bahaya dan cabaran kemungkinan di Gunung Kinabalu
Hanya pendaki yang bersemangat waja sahaja, mungkin menyahut cabaran....