gravatar

team F1 malaysia



Pasukan 1Malaysia F1 Team Sertai Perlumbaan F1 Tahun Depan, Kata PM
-->
PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Selasa.Perdana Menteri berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.Najib yang juga Menteri Kewangan I memberitahu pemberita ketika membuat pengumuman itu di Kementerian Kewangan berkata tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan S.M Nasarudin S.M Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut."Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, di uji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia," katanya.Beliau berkata pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai sambil menambah kata projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.Najib berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan.Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata "pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton".Najib menyifatkan projek itu tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu."Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap. Ia bukan kegiatan sukan semata-mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama Air Asia dan Naza juga dapat dipopularkan," katanya.Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh syarikat perhubungan awam bagi pasukan 1Malaysia F1 Team, pasukan negara itu akan berpangkalan di SIC.Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Petronas dan begitu juga Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), pakar pengeluaran komponen komposit tempatan, juga telah menyertai projek ini.Kenyataan itu berkata pasukan F1 team negara akan mengintegrasikan krew pit dan teknikal Malaysia berjumlah 200 orang untuk diuruskan oleh pengarah teknikal Formula One yang disegani, Mike Gascoyne.Beliau telah merekrut kumpulan yang mengandungi pakar antarabangsa dengan rekod yang telah terbukti dalam pelbagai disiplin pengeluaran, reka bentuk dan kejuruteraan yang diperlukan bagi memastikan bahawa pasukan 1Malaysia F1 team adalah pasukan yang mencapai standard antarabangsa, persediaan dan keupayaannya untuk bertanding dengan para pemandu hebat dunia.Pada masa ini, enam pemandu tempatan dan antarabangsa telah disenaraikan untuk dinilai dan pasukan itu dijangka mengumumkan dua pemandunya penghujung bulan depan.Kenyataan itu memetik Najib sebagai berkata bahawa penyertaan Malaysia dalam Formula One dengan pasukan negara mempunyai objektif untuk mendapat pengaruh yang meluas terutama dalam memajukan perkembangan industri automotif negara dari aspek teknologi termasuk inisiatif dalam teknologi hijau."Dengan mewujudkan pusat lumba di dalam negara, kami juga berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan kepakaran teknikal terbaik yang boleh menjana pertumbuhan industri automotif kita di mana saya berharap untuk melihat lebih banyak R&D (penyelidikan dan pembangunan) bagi menghasilkan kereta yang berkesan dari segi kos, lebih ringan dan lebih selamat," katanya."Kami menjangka komitmen yang tinggi daripada banyak organisasi dan kehadiran individu semasa F1 Petronas GP Malaysia bersama dengan peningkatan dalam pulangan berkaitan pelancongan," kata Najib.Dengan mewujudkan pasukan F1 team, Malaysia membawa sukan pemotoran ke kemuncaknya, dan dengan itu memastikan tempatnya dalam sukan di peringkat antarabangsa bagi mendaki kemuncak pencapaian.Pasukan 1Malaysia F1 Team mendapat namanya daripada konsep "1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan" yang diilhamkan oleh Najib pada Jun tahun ini sebagai asas penyatuan rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan kerjasama di kalangan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai budaya dan agama demi kegemilangan negara.Malaysia telah menyertai F1 sejak 1999 melalui Sirkit Sepang yang telah berada di dalam kalendar perlumbaan sejak itu dan akan menjadi hos kepada F1 Petronas GP Malaysia ke-11 tahun depan.Petronas, pengeluar minyak terbesar, juga telah banyak mencatat kejayaan dalam arena ini melalui penajaan pasukan BMW-Sauber sejak empat tahun kebelakangan ini.Penubuhan pasukan nasional itu merupakan pergerakan semulajadi bagi meningkatkan pulangan negara daripada pelaburan dalam Formula One.--BERNAMA
..................................................................................
anda boleh memberi apa2 komen di bawah ini.hanya :
1.isikan komen dalam kotak dibawah
2.pilih "anonymous/ nama samaran"
3.klik "post comments''
..................................................................................

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT