tajaan unilever kepada SK Bangsar
Planta Gold untuk kanak-kanak
SELEBRITI, wakil Unilever Malaysia dan wakil sekolah bergambar bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Bangsar di Kuala Lumpur.
--------------------------------------------------------------------------------
SELEBRITI, wakil Unilever Malaysia dan wakil sekolah bergambar bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Bangsar di Kuala Lumpur.
--------------------------------------------------------------------------------
UNILEVER Malaysia melancarkan Planta Gold, sapuan sejuk terbaru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dilancarkan sebagai sebahagian daripada inovasi berterusan syarikat untuk meningkatkan kualiti pemakanan kanak-kanak, Planta Gold membekalkan lemak baik yang penting, terutama sekali kepada kanak-kanak yang sedang membesar.
Ia diperbuat daripada olein sawit, minyak biji sawi, minyak kacang soya dan isi rong sawit. Planta Gold juga mengandungi asid lemak penting Omega 3 dan 6.
Turut hadir untuk melancarkan produk baru itu ialah Pengarah Makanan Unilever Malaysia & Singapura, Joseph Tan dan Ketua Pakar Pemakanan & Pusat Modifikasi Gaya Hidup, Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, Datin Farah Diba Khan. Selebriti bergelar ibu, Vanidah Imran dan Low Ngai Yuen turut hadir menyaksikan majlis pelancaran itu.
"Kanak-kanak memerlukan nutrien yang betul untuk membesar dengan sihat, cerdas dan pintar. Planta Gold membekalkan lemak baik yang mereka perlukan seperti Omega 3 dan 6, serta sembilan vitamin iaitu A, D, E, B1, B2, B6, B12, asid folik, dan niasin," kata Joseph dalam satu kenyataan kepada Kosmo!.
Pada majlis itu juga, Farah Diba memberi penerangan ringkas kepada murid-murid SK Bangsar mengenai keperluan pemakanan mereka dan beliau turut menyentuh tentang pentingnya diet yang seimbang dan peranan asid lemak.
Pakar pemakanan yang terkenal itu berkata: "Kira-kira 30 peratus tenaga yang kita perlukan setiap hari sepatutnya diperoleh daripada lemak, dan sudah tentulah pilihan ini adalah lemak baik. Ia adalah sumber asid lemak penting yang diperlukan untuk penyenggaraan badan dan fungsi sel."
Planta Gold adalah sapuan sejuk yang diperkaya dengan lemak mono tak tepu dan poli tak tepu yang menjadi pembawa vitamin larut lemak dan mikronutrien. Lemak baik itu juga membaiki penyerapan nutrien larut lemak yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
"Diet yang baik semasa zaman kanak-kanak boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan berkaitan pemakanan seperti kencing manis dan penyakit jantung apabila usia meningkat," tambah Farah Diba.
Pada satu perkembangan lain, Vanidah dan Ngai Yuen berkongsi pengalaman dalam memastikan diet seimbang yang terbaik untuk anak-anak walaupun mereka mempunyai jadual tugas yang sibuk.
Kedua-dua selebriti itu turut meluangkan masa memberikan roti dengan sapuan Planta Gold kepada murid-murid SK Bangsar.
Dengan pemberian itu, murid-murid tersebut dapat merasai kelazatan sapuan sejuk yang lazat dan berkhasiat.
-kosmo 18 oktober 09
....................................................................................
anda boleh memberi apa2 komen di bawah ini.
hanya :
1.isikan komen dalam kotak dibawah
2.pilih "anonymous/ nama samaran"
3.klik "post comments''
..................................................................................

