gravatar

suku akhir pertama

Merah Kuning tempah laluan perit
Oleh Azman Zakaria, Hussain Said dan Syed Riduan Ahmad
KAPTEN Selangor, Mohd Amri Yahyah (kiri) diasak pemain Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi yang berkesudahan seri 1-1.
Perlis, NS selesa; KL Plus ikat KelantanKELEBIHAN beraksi di tempat sendiri hanya dimanfaatkan Negeri Sembilan yang membawa bekalan selesa ke tempat lawan, Sabtu ini, selepas menjadi tuan rumah tunggal untuk menang pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia, malam tadi. Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak menyempurnakan hantaran S Kunanlan untuk merembat masuk gol pertama menewaskan Mohd Suffian Rahman yang mengawal gawang Kuala Muda Naza, enam minit sebelum rehat sebelum Hairuddin Omar mengukuhkan kedudukan tuan rumah dengan gol kedua.

Juara Liga Super, Selangor yang memburu empat piala musim ini tersentak apabila Terengganu berjaya mengikat mereka 1-1 di Stadium Shah Alam. Merah Kuning mendahului apabila kapten, Amri Yahyah meledakkan gol pembukaan pada minit ke-21, namun ia pantas disamakan dua minit kemudian oleh Zairo Anuar Zalani. Kelantan pula berada pada kedudukan baik untuk mara apabila turut meraih keputusan seri 1-1 di tempat lawan ke atas KL Plus.
The Red Warriors membuka jaringan menerusi rembatan Indra Putra Mahyuddin dari luar kotak penalti yang terbias pertahanan dan berjaya mengelirukan penjaga gol, Razi Effandi Suhit pada minit ke-13, sebelum Md Fadli Shaari menyamaan kedudukan selepas menewaskan penjaga gol kontroversi, Mohd Halim Napi. Perlis juga berada pada landasan untuk ke separuh akhir apabila menang 2-1 ke atas Johor FC di Stadium JCorp, Johor Bahru. K Soley meletakkan pelawat di depan apabila memanfaatkan kesilapan pertahanan Johor, Sumardi Hajalan untuk merembat masuk pada minit ke-40 dan Perlis menggandakan kelebihan menerusi Ahmad Fakri Saarani yang menewaskan penjaga gol, Jeevantham dalam keadaan satu lawan satu pada minit ke-66. Keadaan bertambah buruk buat tuan rumah apabila pemain sayap, Eddy Helmi Manan dilayangkan kad merah pada minit ke-80 selepas mengasari Amzar Juhaidi Abd Jalil, namun ia sekadar membakar semangat mereka dengan Mohd Ezaidy Khadar mengurangkan jurang jaringan.

gravatar

jgn risau sek2 kelate.. mesti masuk final.. road to bukit jalil...

gravatar

kot perlis mene pulok, lagu mano tu?

-lawan kelate-

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT