gravatar

nicol david no 1 di dunia



Di sebalik kejayaan Nicol
SIRI kejayaan Datuk Nicol Ann David selaku penakluk sukan skuasy dunia menjadi perhatian seantero dunia.
Bagi Kerajaan Malaysia, sebagai membalas jasa Nicol selaku duta sukan negara yang unggul, gelanggang utama Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil akan dinamakan sempena dengan nama anak kelahiran Pulau Mutiara itu pada Selasa ini.
Umum bagaimanapun jarang dimaklumkan dengan kegiatan Nicol di sebalik kariernya sebagai pemain skuasy.
"Nicol merupakan pelajar yang mempunyai motivasi amat tinggi, dia juga mempuyai kelebihan serta kekuatan minda yang kuat serta amat fokus ketika di dalan bilik darjah," kata Guru Besar, Sekolah Convent Green Lane, Pulau Pinang, Balkis Mohd. Isa.
NICOL (kanan belakang) sentiasa mesra dengan ahli keluarganya.
Nicol, anak kepada jurutera yang juga bekas penjaga gol Pulau Pinang, Desmond David dan Ann Marie adalah seorang yang hiper aktif.
"Ibu bapa saya terpaksa mencari jalan bagi mengisi masa yang terluang kerana saya hiper aktif ketika kecil.
"Selain bermain skuasy, saya berjinak-jinak dengan banyak sukan lain. Saya sentiasa mahu bersaing dengan kakak-kakak saya, Liane dan Cheryl," kata Nicol.
Dia amat aktif dalam bidang kokurikulum, selain skuasy, Nicol juga aktif dalam sukan olahraga, bola tampar dan renang dan ini telah mendorong sekolahnya menjadikan Nicol sebagai ikon untuk memotivasikan pelajar lain.
"Nicol tidak suka membuang masa, menyedari masanya amat terhad di sekolah, dia tetap membawa buku-buku pelajarannya ke tempat latihan atau pun pertandingan, itulah sebahagian rahsia kecemerlangannya dalam akademik," kata guru sainsnya, Lee Bee Hong.
NICOL (kanan) ketika di zaman sekolah rendah.
Guru Ekonomi Asas Nicol, Hooi Meng Sooi pula menjelaskan bahawa pelajarnya itu merupakan individu yang memiliki nilai-nilai diri yang amat positif, bersikap rendah diri, menghormati orang lain dan tidak sombong atas popularitinya.
Dalam mengejar impian, Nicol berjauhan dengan keluarganya.
Pada 2003, dia memutuskan untuk berkampung di Amsterdam bagi mengembangkan kariernya di bawah jurulatih, Liv Irving.
Rutin hariannya kini sejajar dengan kedudukan selaku pemain No 1 dunia.
"Saya menjalani latihan dua kali sehari, dua hingga empat jam selama enam hari seminggu. Ini mengehadkan waktu riadah saya," ujar Nicol.
Jika tidak mengeluarkan peluh di gelanggang, Nicol selesa mendengar muzik dengan iMacnya selain menonton televisyen dan ketika di perantauan Nicol pasti merindui makanan kegemarannya, kue tiow goreng yang dia gemari sejak di bangku sekolah lagi.
Nicol yang menanam hasrat mengikut jejak langkah bapanya, selaku jurutera satu ketika dahulu, juga meminati seni reka.
Dia gemar melukis, terutama ketika menanti giliran di gelanggang.
Satu hari nanti, ratu skuasy negara ini memasang impian menyempurnakan aktiviti lasak seperti bungee jumping dan payung terjun (sky diving).
....................................................................................
anda boleh memberi apa2 komen di bawah ini.
hanya :
1.isikan komen dalam kotak dibawah
2.pilih "anonymous/ nama samaran"
3.klik "post comments''
..................................................................................

Facebook :

Sejarah SK Bangsar

Klik Badge di atas untuk ke laman Facebook. Tq.

Pengikut

PENGUMUMAN :

Guru Oh Guru:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
tajuk "Guru oh Guru"
1979

Pembaca Facebook:

Time :

NBA Design @ 2009
l Kembali l l Kategori l l Pautan Guru l


Tema Sound-Guru Msia

Feedjit

Create your own banner at mybannermaker.com!
KLIK UNTUK INFO LEBIH LANJUT